Posted by : Ryan95 Monday, 8 June 2015


               Sesuatu yang tidak dapat disembunyikan pada masa kini adalah banyaknya kes keterlanjuran antara pasangan lelaki dan wanita muslim yang belum berkahwin hingga menyebabkan mereka terjatuh ke dalam kancah perzinaan. Namun, alhamdulillah, dalam jumlah yang banyak tersebut terdapat mereka yang segera teringat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala akan keterlanjuran mereka dan ingin bertaubat. Pada waktu yang sama mereka ingin melangsungkan perkahwinan dengan orang yang mereka zinai dan meneruskan kehidupan berkeluarga dalam suasana yang halal.
Di sini timbul beberapa persoalan hukum:
1.   Bolehkah penzina bernikah?
2.   Bolehkah bernikah dengan wanita yang sedang hamil kerana zina?
3.   Bagaimana status anak yang lahir hasil dari zina?
               Insya-Allah dalam ebook ini akan diterangkan hukum bagi persoalan-persoalan di atas. Para ilmuan kita telah pun membuka perbincangan yang luas terhadap persoalan-persoalan di atas dan tidak kurang pula dalam perbincangan tersebut terdapat perbezaan pendapat yang saling menyilang. Di antara perbezaan itu ada yang masyhur kerana memiliki dalil yang kukuh dan ada yang asing kerana tidak memiliki dalil yang kukuh.

               Selain itu, dalam risalah ini, juga akan disertakan perbedaan pendapat tersebut bukan dengan cara menyebut nama tokoh atau mazhab yang berbeza pendapat. Tetapi dengan cara mengemukakan dalil dan hujah bagi setiap pendapat. Seterusnya akan jelaskan pendapat mana yang lebih kuat insya-Allah. Tentu saja dengan catitan, apa yang kuat mengikut analisa saya mungkin lemah mengikut analisa para pembaca sekalian. Semua ini adalah tanda kematangan fiqh yang sekali gus menandakan kematangan seseorang dalam beragama.
          Untuk selengkapnya tentang penjelasan tersebut dapat di download disini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © 2025 Kumpulan Ilmu Pengetahuan - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -